|
Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan - Taman Esplanade |
|
|
|
|
Written by Nik Nisal
|
|
Wednesday, 03 August 2011 00:00 |
|

Taman Esplanade terletak sepanjang Sungai Kuantan betul-betul bersebelahan dengan HTAA. Menganjur sepanjang kira-kira 500m bermula dari tepi bangunan MPK dibahagian selatan hingga ke Hotel Megaview. Sepanjang Taman Esplanade terdapat gerai makan, taman permainan kanak-kanak, dan juga kawasan lapang yang sering digunakan oleh ibu bapa bagi melayani karenah anak-anak kecil mereka di waktu petang.

Pada hari hujung minggu pula iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad, akan didirikan gerai-gerai sementara yang menjual pelbagai barangan dari pakaian, permainan kanak-kanak, gerai minuman, dan bermacam lagi. Biasanya ia akan mula beroperasi pada waktu petang hinggalah tengah malam. Harga barang jualan pula sangat berpatutan malah boleh dikatakan agak murah. Ini emmandangkan sewa tapak dan gerai yang relatifnya murah dibandingkan dengan kedai.
Pada hari-hari hujung minggu pula, anda boleh meluangkan masa dengan menyusuri sungai kuantan dari kuala kuantan mudik kehulu dengan menggunakan feri yang disediakan khusus sebagai tarikan pelancong bagi bandar Kuantan. Dengan kadar tiket yang berpatutan dari serendah rm15 untuk kanak-kanak, anda boleh menyaksikan keindahan sepanjang tebing sungai Kuantan.

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di sepanjang Taman Esplanade:
-
Taman Permainan Kanak-kanak
|
|
Last Updated on Monday, 24 October 2011 15:29 |