|
Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan - Teluk Chempedak |
|
|
|
|
Written by Nik Nisal
|
|
Wednesday, 03 August 2011 00:00 |
|
Teluk Chempedak merupakan tarikan pelancongan yang tidak asing lagi bagi para pelancong yang melawat Kuantan. Ia terletak kira-kira 20 hingga 30 minit dengan berkenderaan dari penginapan Rumah Tamu Pelangi Homestay atau di bahagian utara bandar Kuantan, kira-kira 4km daripada pusat bandar. Ianya semupama icon pelancongan bagi bandar Kuantan sejak turun temurun lagi.
Berhampiran Teluk Chempedak terdapat hotel lima bintang utama iaitu Hyatt Regency Hotel yang seringkali dijadikan veneu-venue utama bagi persidangan dan juga event-event peringkat antarabangsa dan juga event-event yang melibatkan orang-orang kenamaan negara seperti Perdana Menteri. Ia juga menjadi lokasi penginapan utama bagi tetamu-tetamu rasmi negara.

Pantai Teluk Chempedak yang menganjur sepanjang kira-kira 500 meter menjadi tumpuan ramai terutamanya sewaktu hujung minggu dan juga musim-musim cuti sekolah dan cuti umum. Dihiasi dengan segala kemudahan riadah serta medan bagi menjamu selera. Bagi yang gemarkan makanan segera, disitu terdapat beberapa lot francais utama seperti KFC, McDonnald dan pelbagai lagi.
Teluk Chempedak juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan untuk riadah kanak-kanak seperti jongkang-jongkit, gelongsor, buai dan sebagainya. Disamping itu juga, terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan tarikan pelancong dan juga gerai-gerai seni yang menawarkan pelbagai bentuk produk kesenian seperti lukisan hidup, potret, hasil kraftangan dan lain-lainnya yang tentunya menjadi satu perkara kemestian pagi pengunjung dalam dan luar negara.
Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat Teluk Chempedak:
-
Restoran, warung, dan juga kelab malam.
-
Hotel serta dewan persidangan
-
Taman kanak-kanak
-
Pantai
-
Trek menyelusuri bukit.
-
Gerai cenderamata
Kedai makan
|
|
Last Updated on Wednesday, 05 October 2011 03:41 |