Home Tempat Menarik Hutan Bandar

Kalendar Tempahan Pelangi Homestay

loader

Kalendar Tempahan FnK Homestay

loader

GAnalytics Statistics Count

Total visitors:10099
Vistors a day:4
Taman Hutan Bandar Kuantan
Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan - Hutan Bandar PDF Print E-mail
Written by Nik Nisal   
Wednesday, 03 August 2011 00:00

Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan Taman Bandar 1

 

 

 

 

 

Hutan Bandar merupakan taman tasik air tawar yang terletak di Bandar Indera Mahkota berdekatan dengan komplek kerajaan seperti pejabat imegresen, pejabat KWSP, dan juga pejabat pendaftaran negara. Terletak kira-kira 10 hingga 15 minit dengan berkenderaan dari penginapan Rumah Tamu Pelangi Homestay atau 3km dari bandar kuantan menghala arah ke Sungai Lembing.

 

Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan Taman Bandar 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ianya semupama taman Perdana yang terdapat di Kuala Lumpur yang menyediakan ruangan pejalan kaki disepanjang tepian tasik. Selalu digunakan untuk aktiviti riadah oleh pengujung terutamanya pelajar-pelajar UIAM kampus perubatan. Ini kerana lokasi hutan bandar yang cuma terletak kira-kira 500 meter daripada kampus mereka.

 

 

 

Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan Taman Bandar 3

 

 

 

 

 

 

 

 

Hutan Bandar juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan untuk riadah kanak-kanak seperti jongkang-jongkit, gelongsor, buai dan sebagainya. Disamping itu juga, terdapat kemudahan untuk sukan boling padang bagi mereka yang berminat.

 

Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan Taman Bandar 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi mereka yang gemarkan aktivit bermain bot kawalan jauh, tasik yang luas juga tidak akan menghampakan mereka. Malah terdapat ramai yang kelihatan melabuhkan bot kawalan jauh masing-masing di tasik berkenaan.

 

Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan Taman Bandar 5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Setelah penat berjogging, anda boleh berehat di jeti-jeti yang disediakan sambil menikmati angin petang yang menyamankan. Ini kerana tasik di Taman Bandar ini dikelilingi oleh pokok-pokok besar yang bertindak membekalkan oksigen segar kepada pengunjung... :) 

 

 

 

 

 

 

Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan Taman Bandar 6

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan lupa juga untuk membawa bekalan makanan untuk ikan-ikan yang banyak terdapat di tasik disini. Disini anda berpeluang melihat beratus-ratus ekor ikan-ikan kecil dan besar berebut-rebut makanan yang diberikan oleh para pengunjung tasik.

 

 

 

 

 

 

Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan Taman Bandar 7

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemandangan waktu petang yang mengasyikkan.....

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di Hutan Bandar:

  • Trek jogging

  • Wakaf

  • Taman kanak-kanak

  • Kemudahan bowling padang

  • Alat senaman

  • Kedai makan


     

Last Updated on Wednesday, 26 October 2011 14:49
 
Copyright © 2013 Penginapan Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.