Home

Kalendar Tempahan Pelangi Homestay

loader

Kalendar Tempahan FnK Homestay

loader

Statistics

OS : Linux h
PHP : 5.2.17
MySQL : 5.0.92-community
Time : 06:12
Caching : Disabled
GZIP : Disabled
Members : 7
Content : 62
Web Links : 7
Content View Hits : 11809

Login Form



GAnalytics Statistics Count

Total visitors:2558
Vistors a day:1

Waktu Solat

 
Pelangi Homestay Kuantan
Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan Pahang PDF Print E-mail
Written by Nik Nisal   
Wednesday, 03 August 2011 00:00

 

Ruang TamuRumah Tamu Pelangi Homestay (RTPHS) Kuantan menawarkan perkhidmatan penginapan bagi tetamu atau pelancong yang berhasrat untuk bertandang ke sekitar bandar Kuantan, Pahang, Malaysia. Terletak di pinggiran jalinan jalan utama menghubungkan pusat Bandar Kuantan dengan bandar-bandar utama lain seperti Kualan Lumpur, Johor Bharu Melaka, Seremban. Bagi mereka yang berhasrat untuk berkunjung dengan bas, RTP terletak di tepi jalan laluan utama dari bandar-bandar tersebut. Ia merupakan sebuah rumah teres satu tingkat dengan ruang pakir berpagar yang luas yang boleh memuatkan sehingga 3 buah kenderaan pada satu-satu masa. Terletak di kejiranan yang damai dan selesa.

Ruang Tamu

 

Kedudukan Rumah Tamu Pelangi yang strategik berhampiran dengan deretan kedai-kedai yang menempatkan 7-Eleven (ATM - AMBG), Kilinik, Klinik Gigi, Pos Mini, Kedai Roti, Kafe Siber, Mini market, Restoran, serta Warung menjadikannya pilihan utama bagi tetamu yang sering berkunjung ke Kuantan samada untuk percutian keluarga mahupun untuk tujuan tugasan rasmi. Konsep penginapan seperti di rumah sendiri telah menjadi aspek tarikan utama kepada tetamu-tetamu yang menginap.

 

Lokasi

Rumah tamu (guest house) Pelangi berada dilokasi yang berdekatan dengan kemudahan-kemudahan utama seperti Masjid Permatang Badak (200m), medan selera Taman Sepakat (300m), restoran (100m), klinik, kedai 24 jam, dobi, pos mini, (100m).

Bagi pelancong, pusat tarikan utama adalah berdekatan sahaja. Untuk ke Bukit Gambang Resort City (BGRC) jarak perjalanan hanyalah sekitar 20 minit berkenderaan. Medan Selera Tanjung Lumpur – 15 minit. Bagi yang gemarkan aktiviti rimba pula, hutan lipur Air Terjun Sungai Pandan hanya berada dalam jarak 20 km.

 

 

Kemudahan & KelengkapanTV LCD 32

Rumah Tamu Pelangi terletak di sebuah rumah teres satu tingkat. Ia disediakan dengan kemudahan ruang tamu, ruang makan, serta ruangan dapur kering yang dilengkapi dengan dapur microwave. Tersedia dengan kemudahan 3 bilik tidur serta 2 bilik air bakal menyediakan ruang secukupnya kepada tetamu. Dengan keluasan lantai keseluruhan 900 kaki persegi, ia menjanjikan keselesaan kepada para tetamu bekeluarga mahupun berkumpulan.

 

Kelengkapan Dapur

 

Rumah Tamu / Homestay Pelangi juga dilengkapi dengan kemudahan penyaman udara bagi bilik tidur utama. Manakala di ruang tamu serta 3 bilik tidur juga dilengkapi dengan kipas siling bagi menyediakan pengudaraan yang lancar.

Aspek keselamatan juga amat dititik beratkan dengan setiap tingkap dilengkapi jeriji keselamatan bagi mengelakkan pencerobohan dari luar. Antara kelengkapan utama yang disediakan kepada tetamu ialah: - Peti Sejuk - Set sofa - Meja makan (6 kerusi) - Peti televisen - Cerek Elektrik - Microwave - Peralatan dapur asas seperti pinggan mangkuk. Katil Bilik Kedua

 

Rumah Tamu Pelangi juga menyediakan ruangan pakir kenderaan yang luas, boleh memuatkan sehingga 3 buah kenderaan pada satu satu masa. Ruang halaman depan juga masih mampu menampung dua buah lagi kenderaan tambahan sekiranya perlu.

 

Bilik Air

Bagi unit Rumah Tamu Pelangi, bilik tidur utama mempunyai akses terus ke bilik air, manakala bagi bilik kedua dan ketiga masing-masing berkongsi satu bilik air yang terletak dibahagian ruang tamu. Dua bilik tersebut direka khusus bagi mereka yang bertandang dalam satu keluarga dimana setiap satunya dilengkapi dengan katil bersais queen. manakala bilik bujang pula dilengkapi dengan dua katil bujang. Bagaimanapun buat masa ini, bilik kedua dan ketiga masih belum dilengkapi dengan penyaman udara dan hanya bergantung kepada pengudaraan daripada kipas siling.

 

Kelengkapan Dapur

 

 

Harga

Kadar harga pengenalan rm150 untuk pakej 2 hari satu malam adalah sangat berpatutan dan dijamin memberikan nilai yang lebih bagi wang yang dibelanjakan. Bagi penginapan untuk tempoh yang lebih lama, kadar potongan istimewa boleh dirundingkan.

 

 

 

Tahap Keselamatan

Kami di RTPHS sangat mengutamakan tahap keselamatan para tetamu kami. Atas dasar tersebut, kami telah melengkapkan Pelangi Homestay dengan jeriji keselamatan bagi setiap pintu dan juga tingkap. Bagi setiap pintu jeriji pula, ianya dilengkapi dengan tapak untuk memasang mangga kunci samada dari dalam mahupun dari luar bagi kedua-dua pintu jeriji utama (depan dan belakang). Ini bagi memastikan keselamatan tetamu yang menginap sentiasa berada pada tahap maksima. Tetamu DINASIHATKAN untuk memasang mangga kunci pada tapak sebelah dalam jeriji, baik ketika berada dirumah mahupun sewaktu tetamu keluar menjalankan urusan masing-masing. Ini kerana dengan berbuat demikian, ia akan menyukarkan penceroboh untuk memecahkan mangga kunci samada dengan menggunakan pemotong besi ataupun merosakkanya dengan menggunakan asid. Sebagai langkah keselamatan tambahan juga, tetamu SANGAT DIGALAKKAN untuk membawa mangga kunci sendiri bagi pagar, pintu utama dan pintu belakang.

Meja Makan 6 Dudukan

 

 

 

Pertanyaan & Tempahan

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh diajukan terus kepada Pn Nisa di 019-9175690 atau email This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dan salinan (cc) kepada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it . (email kepada kedua-dua alamat email diatas adalah penting memandangkan kadangkala kami menghadapi masalah capaian terhadap salah satu email berkenaan)


 

 

Last Updated on Wednesday, 22 February 2012 15:25
 
Komitmen Kami PDF Print E-mail
Written by Nik Nisal   
Saturday, 07 July 2007 09:54

Bagi memastikan tahap keselesaan dan kepuasan maksima terhadap bakal tetamu, berikut adalah komitmen janji kami terhadap anda:

  • Cadar akan ditukar pada setiap kali tetamu keluar.
  • Rumah akan diMOP dan VACUUM setiap kali sebelum tetamu masuk.
  • Semua lampu/kipas dipastikan berfungsi sepertimana sepatutnya.
  • Bilik air dalam keadaan sempurna serta dipastikan tidak tersumbat.
  • Semua kelengkapan elektrik seperti TV, Peti Sejuk, Microwave, Cerek dan lain-lain berfungsi dengan baik.
Bagaimanapun dalam keadaan diluar jangka, kami akan memastikan bakal tetamu dimaklumkan lebih awal tentang masalah-masalah yang berlaku.

Last Updated on Wednesday, 21 September 2011 05:19
 
Penggunaan Kemudahan Disediakan PDF Print E-mail
Written by Nik Nisal   
Wednesday, 20 August 2008 10:11

Para tetamu adalah dialu-alukan untuk menggunakan semua kemudahan ynag tersedia. Ini termasuklah kemudahan guna habis seperti gula, sos, garam, tea, kopi, sabun, dan lain-lainnya. Namun begitu, diharapkan agar semua tetamu menggunakannya dengan sebaik mungkin dengan mengelakkan pembaziran atau mengotorinya.

Last Updated on Friday, 23 September 2011 04:05
 
Prosedur Tempahan PDF Print E-mail
Written by Nik Nisal   
Saturday, 07 July 2007 09:54

Bagi mewujudkan satu sistem tempahan yang teratur, cekap, dan meyakinkan, bakal tetamu dinasihatkan menggunakan prosedur-prosedut tempahan seperti berikut:

Last Updated on Wednesday, 21 September 2011 05:35
Read more...
 
Jadual Keluar / Masuk PDF Print E-mail
Written by Nik Nisal   
Saturday, 07 July 2007 09:54

Sebagai penduan, berikut adalah maklumat jadual check-in / check-out:

Masa Masuk (Check-in)  : 2 Petang

Masa Keluar (Check-out): 12 Tengahari

Bagaimanapun kelonggaran masa check-out boleh diberikan sekiranya tiada tetamu yang akan masuk pada hari berkenaan. Kelonggaran masa check-in pula akan diberikan sekiranya tiada tetamu pada hari sebelumnya... :)

Last Updated on Friday, 23 September 2011 04:02
 
«StartPrev12NextEnd»

Page 1 of 2
Banner
Copyright © 2012 Penginapan Rumah Tamu Pelangi Homestay Kuantan. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.
 

Who's Online

We have 1 guest online

Bayaran Kad Kredit

Tempoh Penginapan:
Nama Tetamu:
No Telefon:
Tarikh Masuk:

Pendapat Anda?

Kenapa anda berminat memilih untuk menginap di homestay/rumahtamu?
 

Testimoni Tetamu

daswdkpnqfshj, <a href="http://www.uqugzjbxtf.com">uncvsbfzhq</a>

imtdfmdekl
Feb 16, 2012

Iklan

Pautan Berkenaan Kami:
Kondominium Kota Bharu
Kondominium penginapan di tengah-tengah bandar Kota Bharu.
Pelangi Homestay di Google Map
Pelangi Homestay di Google Map untuk memudahkan perjalanan anda.
Facebook Pelangi Homestay
Sudikanlah untuk menjadi salah seorang daripada peminat kami di FaceBook.
Google Kalendar
Sila kemaskini google kalendar anda disini.

Iklan Kami

Iklaiklan RTPHS di internet: